Volkswagen (VW)

volkswagen-logo-1Volkswagen Type 1

Pengilang Volkswagen
Juga dikenali Volkswagen Beetle
Pengeluaran 1938—2003
Pengganti Volkswagen New Beetle Volkswagen Golf
Kelas Kereta ekonomi
Stail badan Cabriolet 2 pintu
Coupé 2 pintu
Engine 1.2 L 4 rata
1.3 L 4 rata
1.5 L 4 rata
1.6 L 4 rata

Sejarah

Bermula tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zündapp membangunkan “Auto für Jedermann” (kereta untuk semua orang), pertama kali nama Volkswagen digunakan. Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi Zündapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji[1]. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.

Porsche Typ 12, 1931/32 oleh Zündapp Nürnberg
Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand Porsche bagi cadangan model “Volks-Wagen” (“Kereta Rakyat”), sebuah kereta asas yang mempu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj). Kereta Rakyat tersebut boleh didapati oleh rakyat Jerman Nazi melalui skim simpanan, dengan harga serendah 990 mark, hampir sama dengan harga sebuah motosikal kecil pada zaman tersebut, dengan pendapatan purata sekitar DM32 seminggu.
VW Beetle 1967
1967 Volkswagen Beetle (imej bukannya model 1967 Beetle)

Pengilang Volkswagen
Kelas Kereta subkompak
Stail badan Cabriolet2 pintu
Coupé 2 pintu
Enjin Enjin 1500 cc 4 rata OHV sejukan udara di belakang
40 kW (53 bhp) @ 4200 rpm
Tork 105 Nm (78 ka·lbf) @ 2600
lubang 83 mm
lejang 69 mm
Nisbah mampatan 7.5:1
Penghantaran Manual 4 kelajuan
Jarak roda 2400 mm (94.5 in)
Panjang 4079 mm (160.6 in)
Lebar 1539 mm (60.6 in)

Volkswagen Beetle telah melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967. Sementara kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal, sistem aliran kuasanya telah dipertingkatkan. Antara perubahan pada Beetle termasuklah enjin yang lebih besar pada tahun berikutnya. Kuasa kuda telah ditingkatkan kepada 37 kW (50 hp) pada tahun sebelumnya, dan pada tahun 1967 kuasa enjin telah dipertingkatkan lagi kepada 40 kW (53 hp).
Keluaran penjana elektrik telah meningkat dari 180 kepada 360 watt, dan sistem elektrik dipertingkatkan daripada sistem 6 volt kepada sistem 12 volt. Saiz cakera klac juga telah meningkat, dan perubahan turut dilakukan pada roda tenaga, sistem brek dan gandar belakang. Peralatan wajib baru termasuklah pengelap cermin hadapan 2 kelajuan, lampu sandaran, alas lengan pemandu pada pintu, punat pengunci pada pintu, lampu hadapan serta cermin sisi di bahagian pemandu.
Harga bagi model tersebut ialah AS$1,640 dengan berat 840 kg (1850 lb) yang merupakan berat lazim bari kereta buatan Eropah pada masa tersebut. Kelajuan maksimum ialah 130 km/j (82 bsj), mencukupi bagi dipadankan dengan had laju maksimum 110 km/j (70 bsj) di lebuh raya Amerika Syarikat.
[sunting]Beetle Baru

Rencana utama: Volkswagen New Beetle

2000 VW New Beetle
Pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 1994, Volkswagen menampilkan “Concept 1”, kereta konsep dengan reka bentuk futuristik tetapi mirip model Beetle asal. Reaksi yang menggalakkan di kalangan orang ramai menyebabkan syarikat mengeluarkan kereta tersebut, dan pada tahun 1998, 20 tahun selepas Beetle terakhir dijual di Amerika Syarikat, Volkswagen melancarkan Beetle Baru, direkabentuk oleh Mays dan Freeman Thomas di studio reka bentuk syarikat di California.
Beetle Baru dikeluarkan di kilang VW di Puebla, Mexico di mana, ironinya, barisan terakhir pengeluaran model Beetle lama dengan enjin sejukan udara dihentikan bagi membolehkan model Beetle Baru yang berasaskan Golf dikeluarkan.
Beetle Baru, dengan enjin (sejukan cecair) di hadapan kereta yang dipacu roda hadapan, hanya berkait dengan model asal pada nama, bentuk umum serta beberapa reka bentuk. Ia adalah sebuah kereta moden berasaskan platform Volkswagen A.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s